Assalamualaikum semua..hai korang, entri kali ini tentang keperluan wanita mengandung. Syukur alhamdulillah, Kak sendiri ada pengalaman mengandung sebanyak empat kali. Kesemua kehamilan kak hadapi pengalaman yang berbeza dari anak sulung sehingga anak keempat.

Semasa melalui fasa mengandung selama 9 bulan, semua wanita perlu menitikberatkan pemakanan yang cukup nutrisi supaya si manja mendapat nutrisi yang cukup dan berkhasiat. Biasanya sokongan suami dan ahli keluarga sangat penting supaya keperluan wanita mengandung dari segi emosi, fizikal dan pemakanan terjaga sehingga tibanya waktu bersalin.
Semasa awal kehamilan anak pertama iaitu sekitar 1 hingga 3 bulan pertama saya memang mengalami alahan setiap pagi. Muntah-muntah dan tiada selera makan berlanjutan sehingga saya alami tekanan darah rendah. Paksa diri untuk jaga pemakanan dan ambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda setiap hari. Jangan abaikan pengambilan asid folik juga ya. Lihat gambar di bawah, contoh kecacatan pada bayi yang kekurangan asid folik.

𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐔 𝐀𝐂𝐈𝐃 𝐅𝐎𝐋𝐈𝐂?
Asid folik adalah sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan amat disarankan agar ibu atau wanita yang merancang kehamilan atau sedang mengandung untuk mengambilnya.
𝟓 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐂𝐈𝐃 𝐅𝐎𝐋𝐈𝐂
𝟏. 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐚𝐜𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐮𝐛 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐟
𝟐. 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠
𝟑. 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐲𝐢
𝟒. 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐞𝐦𝐢𝐚
𝟓. 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢
𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧
Membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat, dan pre-eclampsia
Folic Acid ini penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik. Ramai wanita tak tahu yang pengambilan folic acid ini kena ambil semasa mengandung untuk membantu pembinaan sel-sel darah merah dan perkembangan bayi di dalam kandungan.
Dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang. Justeru, 12 minggu pertama kehamilan sangat penting untuk paraa ibu mengambil asid folik setiap hari secara konsisten.
Jumlah asid folik yang dicadangkan untuk semua wanita dalam merancang untuk hamil atau berada pada awal kehamilan ialah 400 mcg setiap hari. Manakala, jumlah asid folik yang dicadangkan mengikut usia kehamilan ialah:
400mcg: Perancangan untuk hamil
400mcg: Tiga bulan pertama kehamilan
600mcg: Enam bulan hingga sembilan bulan kehamilan
500mcg: Semasa menyusu badan

Bagi wanita hamil, saya cadangkan amalkan B complex terbaik dari Shaklee kerana saya kongsikan apa yangs aya makan sepanjang hamil anak nombor dua hingga nombor empat. Harganya sangat berpatutan sesuai dengan khasiatnya.
Perbanyakan makanan sunnah sepanjang kehamilan kerana terdapat banyak barakah didalamnya ada (disebut dalam al Quran) dan sangat banyak nutrisi. Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berposes.
Berikut pemakanan sunnah untuk wanita mengandung :
1. Pertama: KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak. Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
2. Kedua: BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak. Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolesterol dalam darah. Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
3. Ketiga: MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.

4. Keempat: BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahem.
5. Kelima: MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
6. Keenam: SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem. Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil. Pemakanan juga boleh ambil mengikut suku-suku separuh supaya ibu mengandung dapat kekalkan berat badan ideal.
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini dan sudah pasti saya akan mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik. Semoga entri kali ini tentang keperluan wanita mengandung dapat membantu anda lebih bersemangat menjaga kesihatan sepanjang waktu kehamilan.
Jangan lupa cara renewal mudah dengan Shaklee untuk aktifkan keahlian anda ya..
#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Klik link wassap nie anda dapatkan FREE CONSULTATION dengan saya dulu dan saya bantu anda buatkan pendaftaran ahli dan terus beli vitamin pada harga ahli..
Hubungi saya cepat-cepat ya.. klik link di bawah ya
Picit link bawah ni cecepat
http://www.wasap.my/60199768284
P/s : Semasa saya mengandung anak nombor tiga dan nombor empat, saya sendiri makan vitamin set hamil Shaklee. Syukir saya melalui fasa kehamilan yang sihat dan sangat mudah melalui proses melahirkan dan berpantang. Anda kena cuba sendiri baru boleh rasa perubahan kesihatan anda.