Assalamualaikum semua.. hai korang.. kak doakan korang sihat sentiasa bersama keluarga tersayang. Entri kali ini Kak Yati mahu kongsikan tentang tips hari raya opeh house jika bawa ramai anak. Pengalaman kak bawa anak sendiri banyak mengajar kak tentang cara disiplinkan anak di rumah orang.
Selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin tau.. raya tahun ini kami tidak balik kampung. Suami Operasi dan bekerja semasa hari raya. Maka family kak Yati beraya di rantau orang di Ipoh Perak. Sepatutnya kami balik kampung raya di Sabah, negeri di bawa bayu. Apakan daya, tiada rezeki tahun ini, raya tahun depan boleh balik lagi.

Biasanya bila mahu ke majils rumah terbuka, sehari sebelum majlis Kak akan ingatkan semua anak supaya siapkan baju awal-awal. Memandangkan anak kak semua perempuan, ambil masa untuk bersiap. Selalunya kak bagi masa 30 minit untuk mandi dan bersiap pakai baju raya dan tudung ikut gaya masing-masing.
Cara kak ajar anak berakhlak di rumah orang macam mak-mak kita zaman dahulu. Berikut kak kongsikan beberapa tips hari raya open house di rumah kawan kak. Tetapi semasa dalam kereta sepanjang perjalanan kak tarbiah dan beri nasihat awal-awal pada semua anak kak. Anak sulung Dina berperanan memantau akhlak adik-adik dia di rumah orang, juga bantu saya jaga anak bongsu. Manakala anak kedua iaitu Wafa bertugas menjaga adik nombor tiga dia si Alya.
1.Tidak menyampuk jika orang dewasa sedang berbual. Kak Yati paling pantang bila sedang berbual dengan orang dewasa anak datang dan mengadu macam-macam dengan kak. Kak akan kata, mama sedang berbual ni, awak perlu buat apa? dalam masa yang sama kak akan besarkan mata, automatik anak akan diam dan duduk diam dekat kawan dia.
2. Duduk, dan habiskan makanan sehingga selesai. Biasanya sebelum beraya, kak bagi anak makan dahulu supaya tidak meragam di rumah orang. Kak memang tidak suka bila anak makan di rumah orang ada air tumpah atau maknana yang berkuah tumpah atas karpet atau lantai.
3. Bila main mainan orang kena pandai kemas. Anak ketiga kak si Alya cukup suka bila ada mainan di rumah orang lain. Kak pesan kuat-kuat lepas main tolong susun balik sebelum kami balik. Jika buat perangai macam mahu bawa balik mainan kawan ke atau ambil mainan orang memang tidak boleh, buat juga em.. mendapatlah dia hadiah di rumah nanti.
4. Adab bila dapat duit raya sangat penting. Ambil guna dua tangan dan ucap terima kasih kemudian terus simpan. Anak tahu tidak boleh buka depan tuan rumah berapa isi duit raya yang dia dapat. Pernah Alya dapat duit raya, terus mahu buka, cepat tangan kak halang tangan dia. Alya senyum dan tahu mama dia tidak suka perangai begitu. Mata seorang mama kena cekap tengo kedaan dan akhlak anak walu tenga sedap berbual.
5. Tidak boleh merayap di rumah orang. Mahu cuci mata di bilik orang, dapur orang dan tandas tuan rumah. Anak kena belajar duduk dan main ditempat yang sama sahaja. Paling saya risau jika anak terpecah barang berharga di rumah orang.

Selalunya bila beraya kak kata, kita di rumah orang paling lama 30 minit sahaja bergantung pada keadaan juga. Jika suami ada bersama, boleh tolong tengokan dan jaga anak sama boleh duduk paling lama satu jam. Jika suami kerja luar, kak sorang bawa empat anak gadis, kena balik cepat takut mama naik hantu di tumah orang.. ha ha ha.
Alhamdulillah hari ini masuk Syawal ke 22, ada lagi rumah terbuka. Esok pun Kak dapat jemputan juga, namun satu je kak mahu pesan elakkan makan melantak. Umur pun semakin banyak, makan kena jaga atau makan ala kadar sahaja atau makan banyak buah. Air mainis buat rasa-rasa boleh, lebih baik minum air kosong lagi keadaan cuaca yang panas sekarang. Untuk elakkan badan dihidrasai atau kekurangan cecair, kerapkan minum air supaya badan lebih sihat. Sekian tips hari raya open house dari Kak Yati ya.. jumpa lagi di entri yang akan datang.
Berita baik untuk semua sahabat pengguna Shaklee Kak mahu kongsikan tawaran istimewa bulan ini tau..best sangat dapat penjimatan bergada untuk ahli baru juga tau… grab sekarang ya..

Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini dan sudah pasti saya akan mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik.
#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Klik link wassap nie anda dapatkan FREE CONSULTATION dengan saya dulu dan saya bantu anda buatkan pendaftaran ahli dan terus beli vitamin pada harga ahli..
Hubungi saya cepat-cepat ya.. klik link di bawah ya
Picit link bawah ni cecepat
http://www.wasap.my/60199768284
P/S : Anda pelajar universiti, suri rumah, pesarah, atau bekerja semua boleh jadikan Shaklee sebagai kerjaya anda. Boleh join organisasi kak Yati untuk kami bimbing cara menjalankan binsess ini secara on line dan off line dari rumah anda.