Assalamualaikum semua.. entri hari ini Kak Yati mahu kongsikan doa yang bagus untuk wanita amalkan setiap hari. Seawal pagi selepas bagun pagi, boleh amalakan doa ini ataupun sepanjang hari jangan lupa membaca doa ini.
Ya Allah, berkatilah tulisan saya ini, dan berikanlah kebaikan kepada semua pembaca yang mengamlakan doa ini.. amin.. amin.. Bukankan doa adalah senjata orang islam? Terutamanya doa seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri. Doa anda sangat mustajab menembusi petala langit Allah swt pemilik kerajaan langit dan bumi.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja. Mungkin ada kekurangan pada diri saya ataupun Allah swt sedang memberi teguran pada saya.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
Maka saya kongsika tiga doa yang bagus untuk wanita :
Inilah yang saya alami ketika suatu masa suami baru balik dari Operasi di seberang laut. Kemudian suami mengutarakan hasrat hati untuk berkahwin lagi. Sepanjang satu minggu setiap hari boleh dikira dengan jari suami mahu meminta kebenaran. Kerana jika bekerja dengan pasukan keselamatan, perlukan kebenaran isteri pertama untuk berkahwin lagi.
Tambahan pula, kami tiada ada anak lelaki, kemahuan ibu mentua mahukan cucu lelaki. Suami juga berpendapat yang sama, mungkin dengan ada isteri kedua ada rezeki dapat anak lelaki. Bayangkan hati isteri seperti disiat-siat, dihiris oleh pisau tajam. Umur memasuki fasa 40 katanya, nafsu membuak-buak mahu menambah cawangan. Perubahan hormon dan keinginan mahu mencuba hidup dengan wanita lain.
Tapi yang bagusnya, dia belum ada calon pilihan hati. Selepas saya beri kebenaran katanya barulah dia mahu mencari calon bini baru. Syukur, saya ada ruang lagi untuk berubah dan tarik dia pada landasan yang betul. Air mata jangan cakap, bila-bila masa saya boleh menangis tanpa sebab.
Alhamdulillah selepas amalkan doa ini, bagaikan lenyap ditelan bumi suami saya tidak lagi menyebut dan minta kebenaran berkahwin lain. Saya baca setiap hari dan minta Allah swt jagakan hati suami hanya untuk kami sekeluarga. Bukankah cuma Allah yang maha mebolak-balikkan hati manusia?
1. Doa serhakan urusan hidup pada Allah swt

Ustazah Asma Harun ada ajarkan cara amalkan doa ini dengan cara membacanya sebanyak 44X kemudian baca juga nama Allah swt (Ya Bariq) 44X kemudian barulah doakan pasangan kita dan anak kita. Mengikut doa yang anda karang sendiri. Kita serahkan semua urusan kehidupan kita kepada sang pemilik alam.
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
2) Doa hajat cepat dimakbulkan oleh Allah swt

Doa ini saya dapat ilham untuk amalkannya selepas menonton kuliah bersama ibu Nelofa. Mereka sering amalkan doa ini untuk tetapkan iman dalam hati, murahkan rezeki dan kebahagiaan keluarga mereka. cara membacanya amalkan sebanyak 787X setiap hari dan niatkan doa mengikut apa yang kita mahu.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Syukur, selepas konsisten amlakan doa ini, keluarga saya main harmoni dan kami dicukupkan rezeki.
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
3) Doa dimudahkan segala aktiviti kita setiap hari.

Doa makan bukan sekadar dibaca sebelum makan ya, doa ini boleh kita amalkan setiap hari jika mahu melakukan apa-apa aktiviti seharian. Jika kita mendalami doa makan ini, maknanya sangat mendalam bukan sahaja rezeki dalam hidup tetapi merangkumi agar kita dihindarkan dari seksa neraka.
Contoh pertama, anda ada hajat mahu meminta belikan barang oleh suami anda, bacalah doa ini. Mahu minta wang atau apa sahaja kemahuan anda. Contoh lain, jika mahu cari parking kereta cuba baca doa ini banyak kali, dengan izin Allah swt pasti ada rezeki parking anda. Ataupun jika mahu buat urusan bank, bacalah doa ini supaya anda dimudahkan urusan. Boleh juga baca jika mahu berurusan dalam perniagaan agar rezeki tetap pada kita dan costemer ditetapkan hati membeli dengan kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah…
Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Aamiin. Aamiin.
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini dan sudah pasti saya akan mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik.
Semoga entri doa yang bagus untuk wanita kali ini membantu anda lebih bersemangat untuk menjadi wanita bahagiah.
Jangan lupa cara renewal mudah dengan Shaklee untuk aktifkan keahlian anda ya..
#nextlevelblogging
#setrahmahshaklee2023
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Klik link wassap nie anda dapatkan FREE CONSULTATION dengan saya dulu dan saya bantu anda buatkan pendaftaran ahli dan terus beli vitamin pada harga ahli..
Hubungi saya cepat-cepat ya.. klik link di bawah ya
Picit link bawah ni cecepat
http://www.wasap.my/60199768284
Sebagai pengguna tegar vitamin shaklee, suka kak kongsikan promosi vitamin kesayangan ramai yang terbaik dan anda kena grab waktu promosi tau..boleh juga tolong kongsikan pada kawan dan keluarga anda tentang tawaran ini..

Leave a Reply