Yati Adam

Sesuatu yang hebat perlu dikongsi

  • HOME
  • Kenali YatiAdam
  • CANTIK DAN SIHAT
  • INFO BLOG
  • PRODUK
  • TESTIMONI
  • PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN ANDA
  • PESANAN DAN PEMBAYARAN
  • SENARAI HARGA PRODUK
  • Senangnya Membeli Shaklee
You are here: Home / INFO BLOG / Cara Menulis Dari Hati

Cara Menulis Dari Hati

April 2, 2023 By yatiadam 8 Comments

Share

Entri kali ini kak Yati Adam kongsi cara menulis dari hati. Alhamdulillah tepat jam 4.58petang saya berjaya habiskan kelas penulisan kreatif dari Puan Ainul Mustafa dengan dapatan ilmu yang cukup menarik. Semoga semua sahabat yang hadiri majlis ilmu hari ini diberkati oleh Allah swt.

Cara Menulis Dari Hati

Setiap kita tidak sama, lain orang lain caranya. Begitu juga dengan seorang penulis, tiada betul tiada yang salah jika kita tulis sesuatu dalam blog cuma ianya kena bermaklumat dan boleh dibaca oleh semua orang. Sebaiknya anda cuba menulis dari hati, paling senang cerita pengalaman hidup anda. Sebagai Contoh Puan Ainul sendiri banyak menulis tentang pengalaman duduk dengan mama mertua, pengalaman membesarkan anak dan banyak lagi.

Kelas Penulisan Kreatif
Kelas Penulisan Kreatif

Kelas Penulisan kreatif hari ini dijalankan secara Zoom Kelas, paling best tiada bayaran dikenakan pada semua peserta. Kelas bermula tepat jam 3petang dan dimulakan bacaan doa oleh Master Norita. Jika ambil kelas berbayar di luar mahal juga tau, lepas itu kena kumpul ramai orang baru boleh buat kelas. Anda mahu tahu bagaimana dan apa rahsianya ilmu cara menulis dari hati? Jom baca entri kak sampai habis tau..

1) Kena ada perancangan mahu tulis apa.

Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang, kita kena ada perancangan. Anda kena rancang mahu tulis apa dan orang yang melawat di blog anda mencari sesuatu. Anda kena sediakan satu buku tebal khas untuk tulis apa sahaja idea anda. Jangan biarkan semua idea anda berlalu begitu sahaja nanti anda akan lupa. Contohnya anda mahu kongsi pengalaman kuruskan badan. Buat catatan anda bersenam berapa kali sehari, anda makan apa, tidur jam berapa, cara anda minum air masak dan anda boleh kembangkan lagi penulisan anda mengikut idea anda sendiri.

2) Tulis tajuk entri yang power dan gempak.

Setiap tajuk penulisan kita mestilah menarik minat pembaca. Kita kena tahu satu masalah, apa masalah itu, kemudian apa cara penyelesaian yang kita cadangkan. Paling senang mahu faham, penulisan kita bantu selesaikan masalah orang lain. Kita boleh menggunakan lima lampu untuk memancing tajuk iaitu emosi takut, rasa ekslusif, rasa bersalah, rasa ego dan rasa tamak. Mainankan emosi dalam pemilihan tajuk entri anda.

3) Panduan untuk tulis pendahuluan entri.

Pendahaluan memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik minat pembaca. Semakin anda pandai sampaikan maklumat yang tepat, pembaca semakin percaya dengan penulisan anda. Anda boleh gunakan data statistik dari sumber yang betul, keratan surat khabar atau majalah. Anda juga boleh menggunakan pengaruh media sosial yang diyakini seperti sumber dari Kementerian Kesihatan, Protal Hello Dokter, Surat Khabar Berita Harian, Utusan dan banyak lagi.

4) Tips menulis isi penting dalam entri.

Banyak perkataan yang kita boleh gunakan untuk menyampaikan isi penting penulisan kita. Kita boleh menggunakan perkataan tips, petua, tanda-tanda dan boleh cerita pengalaman diri kita sendiri. Kembangkan idea anda dengan memberikan saranan penting sehingga pembaca berasa mahu terus membaca sehingga habis.

5) Kesimpuan atau penutup

Tulis semula tajuk entri kita dalam kesimpulan di bahagian penutup. Berikan huraian tajuk entri kita atau anda berikan emosi pengalaman anda menulis seperti azam baru mahu kurus. Anda boleh tinggalkan alamat URL atau media sosial seperti link face book, url Instagram, Tik Tok dan youtube. Kesemua maklumat laman sosial anda boleh tingkatkan keyakinan pembaca pada anda.

Selain suka menulis, saya juga gemar memberi nasihat kesihatan percuma pada semua sahabat. Jika anda mahu kekal sihat, cergas dan bertenaga, boleh hubungin saya. Juga semua wanita di luar sana suri rumah atau wanita bekerjaya yang mahu anda pendapatan sampingan boleh join family kami sekarang.

Dapat sesuatu ? Semoga entri cara menulis dari hati memberi manfaat dan selamat berpuasa ! boleh follow saya di bawah sini ya..

Jom Jana Pendapatan dengan Shaklee
Jom Jana Pendapatan dengan Shaklee

Follow Page FB :

Kesihatan Wanita

Follow IG :

Yati.Adam90

Follow Tik tok :

Yati Adam

Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini dan sudah pasti saya akan mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik.

#shakleethrive23

#shakleetrumph2023

#blogmegashaklee

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

Share

Filed Under: INFO BLOG Tagged With: Cara Menulis Dari Hati, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTRA, PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE KUNDASANG SABAH, PENGEDAR SHAKLEE NEGERI SEMBILAN, PENGEDAR SHAKLEE PERLIS, PENGEDAR SHAKLEE RANAU SABAH, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH KEDAH, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MELAKA, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PAHANG, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH SABAH, PENGEDAR SHAKLEE TAMAN PERPADUAN, PENGEDAR SHAKLEE TAMBUN, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA

Comments

  1. Sue says

    April 3, 2023 at 12:44 am

    Perkongsian yg sangat menarik👍🏻

    Reply
    • yatiadam says

      April 7, 2023 at 10:58 pm

      moga bermanfaat ya adik manis..

      Reply
  2. Dettis says

    April 4, 2023 at 9:43 am

    wah terima kasih. dapat ilmu daripada entri ni. tq sekali lagi

    Reply
    • yatiadam says

      April 7, 2023 at 10:57 pm

      tahniah..moga bermanfaat untuk kita sama2 menulis ya..

      Reply
  3. Norwina says

    April 4, 2023 at 3:31 pm

    best dah ulangkaji lagi kat sini, TQVVM🥰
    Norwina recently posted…5 Idea Menu Sahur SihatMy Profile

    Reply
    • yatiadam says

      April 7, 2023 at 10:56 pm

      moga bermanfaat kak manis..

      Reply
  4. Faiz says

    April 14, 2023 at 11:15 am

    Alhamdulillah, terima kasih untuk tips yang menarik nih. Nanti nak kena rajin lagi menulis
    Faiz recently posted…Berjaya Hamil Dengan VivixMy Profile

    Reply
    • yatiadam says

      April 15, 2023 at 12:07 pm

      sama-sama..moga bermanfaat k

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

CARI INFO DI SINI

VITAMIN MALAYSIA

VITAMIN MALAYSIA

Vitamins No. 1



PROMOSI SET KECANTIKAN

VITAMIN SET RAHMAH

VITAMIN SET RAHMAH

PROMOSI SET KURUS SHAKLEE

Promosi Set Hello New You

Promosi Set Hello New You

SET KURUS SHAKLEE

http://www.wasap.my/60199768284

DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

DAFTAR AHLI SHAKLEE

SIJIL HALAL

sijil halal

COMMENTS

  • wina on Testimoni Shaklee Saya
  • wina on Pengedar Shaklee Ulu Kinta Perak
  • yatiadam on Cara Mudah Untuk kekalkan Berat Badan dengan Set Hello New You
  • yatiadam on Renewal Mudah Dengan Shaklee
  • yatiadam on Renewal Mudah Dengan Shaklee

Spam Blocked

1,093,060 spam blocked by Akismet

SET HAMIL SHAKLEE

SET KEHAMILAN SHAKLEE

     SET KEHAMILAN SHAKLEE

SET BERPANTANG SHAKLEE

SET BERPANTANG SHAKLEE

                          SET BERPANTANG SHAKLEE

SET MENYUSU SHAKLEE

SET MENYUSU SHAKLEE

SET MENYUSU SHAKLEE

Copyright © 2014 . Yati Adam